Wednesday, 5 November 2014

Perbezaan Perabot Kontemporari dan Moden


         Perabot kontemporari dan moden kalau dirujukkan didalam kamus, menunjukkan kedua-duanya menampakkan ciri-ciri yang mempunyai persamaan. Kebanyakan orang atau pekerja kedai perabot akan menggangapkan jenis perabot tersebut serupa tetapi dari sudut seni dan rekaan, kedua-duanya berbeza.
           Perkataan ‘KONTEMPORARI’ merujuk pada “masa kini” atau “semasa”. Rekaan perabot kontemporari digunakan untuk menerangkan stail dan rekaan “terkini”. Kegunaan terminology yang lebih luas, tidak terhad pada satu stail. Rekaan kontemporari boleh digunakan pada pelbagai trend dan stail mengikut zamannya (satu jangka masa tertentu). Ia mungkin idea rekaan terkini hasil inspirasi tahun 70an. Contoh ruang tamu kontemporari ala 60an gaya hiasan perlulah berkonsepkan Minimalis, Spacious dan Uncluttered kunci kepada stail kontemporari.
             Manakala ‘MODEN’ bukan bermaksud “semasa”. Di sini timbulnya kekeliruan. Perkataan “MODEN” sebenarnya merujuk kepada ‘Stail’. Stail rekaan moden lahir semasa Perang Dunia Kedua dan lebih menekankan kepada Minimalism, Simplicity dan fungsi suatu rekaan. Jika dibandingkan dengan stail tradisional, stail moden bermaksud sesuatu rekaan yang lebih simple tetapi fungsinya diperkayakan (pelbagai guna, ringan,tahan lasak dan menjimatkan ruang) hasil penggunaan bahan atau material baru antaranya seperti aluminium, keluli tahan karat, kaca disamping kayu, kulit, vinyl dan fabric yang biasanya bertona kehitaman dan putih. Permukaannya rata dan di syelekkan. Tiada lagi disarat dengan ukiran dan corak bungaan. Jadi stail moden sudah wujud sejak dari dulu lagi.



No comments:

Post a Comment