Wednesday, 5 November 2014

Jenis-Jenis Tanggam Tradisional Melayu


           Terdapat  empat jenis tanggam tradisional melayu iaitu Tanggam Melebar, Tanggam Siku, Tanggam pemidang dan Tanggam Memanjang. Antara semua tanggam tersebut, terdapat lagi nama-nama kecil di dalamnya.
           Tanggam melebar mempunyai empat nama kecil yang yang berbeza didalamnya iaitu Tanggam Glu Gesel, Tanggam Penetap, Tanggam lidah dan Lurah serta Tanggam Tetingkat.
           Tanggam Siku pula mempunyai tiga nama kecil didalamnya iaitu Tanggam Temu, Tanggam Rencong dan Tanggam Bajang.
           Tanggam Pemidang pula sama dengan tanggam melebar dan memanjang mempunyai empat nama-nama kecil di dalamnya iaitu Tanggam Lekap, Tanggam Kekang, Tanggam Penetap dan Tanggam lubang dan puting.

           Akhir sekali Tanggam Memanjang antara nama-nama kecil di dalamnya ialah Tanggam Skaf, Tanggam Plat Sambut, Tanggam Sambung Jari dan Tanggam Sambung Lekap

No comments:

Post a Comment