Industri Furniture Design
Wednesday, 5 November 2014
Perbezaan Perabot Kontemporari dan Moden
Perabot
kontemporari dan moden kalau dirujukkan didalam kamus, menunjukkan kedua-duanya
menampakkan ciri-ciri yang mempunyai persamaan. Kebanyakan orang atau pekerja
kedai perabot akan menggangapkan jenis perabot tersebut serupa tetapi dari
sudut seni dan rekaan, kedua-duanya berbeza.
Perkataan ‘KONTEMPORARI’ merujuk pada “masa
kini” atau “semasa”. Rekaan
perabot kontemporari digunakan untuk menerangkan stail dan rekaan “terkini”. Kegunaan terminology yang
lebih luas, tidak terhad pada satu stail. Rekaan kontemporari boleh digunakan
pada pelbagai trend dan stail mengikut zamannya (satu jangka masa tertentu). Ia
mungkin idea rekaan terkini hasil inspirasi tahun 70an. Contoh ruang tamu
kontemporari ala 60an gaya hiasan perlulah berkonsepkan Minimalis, Spacious dan
Uncluttered kunci kepada stail kontemporari.
Manakala ‘MODEN’ bukan bermaksud “semasa”. Di sini timbulnya kekeliruan.
Perkataan “MODEN” sebenarnya merujuk kepada ‘Stail’. Stail rekaan moden lahir
semasa Perang Dunia Kedua dan lebih menekankan kepada Minimalism, Simplicity
dan fungsi suatu rekaan. Jika dibandingkan dengan stail tradisional, stail
moden bermaksud sesuatu rekaan yang lebih simple
tetapi fungsinya diperkayakan (pelbagai guna, ringan,tahan lasak dan
menjimatkan ruang) hasil penggunaan bahan atau material baru antaranya seperti
aluminium, keluli tahan karat, kaca disamping kayu, kulit, vinyl dan fabric
yang biasanya bertona kehitaman dan putih. Permukaannya rata dan di syelekkan.
Tiada lagi disarat dengan ukiran dan corak bungaan. Jadi stail moden sudah
wujud sejak dari dulu lagi.
Jenis-Jenis Tanggam Tradisional Melayu
Terdapat empat
jenis tanggam tradisional melayu iaitu Tanggam
Melebar, Tanggam Siku, Tanggam pemidang dan Tanggam Memanjang. Antara semua tanggam
tersebut, terdapat lagi nama-nama kecil di dalamnya.
Tanggam melebar mempunyai empat nama
kecil yang yang berbeza didalamnya iaitu Tanggam
Glu Gesel, Tanggam Penetap, Tanggam lidah dan Lurah serta Tanggam Tetingkat.
Tanggam Siku pula mempunyai tiga nama
kecil didalamnya iaitu Tanggam Temu,
Tanggam Rencong dan Tanggam Bajang.
Tanggam Pemidang pula sama dengan
tanggam melebar dan memanjang mempunyai empat nama-nama kecil di dalamnya iaitu
Tanggam Lekap, Tanggam Kekang, Tanggam
Penetap dan Tanggam lubang dan
puting.
Akhir sekali Tanggam Memanjang antara nama-nama kecil di dalamnya ialah Tanggam Skaf, Tanggam Plat Sambut, Tanggam
Sambung Jari dan Tanggam Sambung
Lekap.
Thursday, 2 October 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)